Friday, January 25, 2013

Thank you so much abie!

Dari bulan lepas saya bising2 nak handbag baru. Mangsa saya adalah dia! HIM a.k.a MAF. Haha. Dia lah yang jadi mangsa saya merengek2 nak handbag baru. Padahal nak pegi Jakarta nie, boleh je beli. Tapi sebabkan lambat lagi, and hari2 kene tengok bag yang same, so saya pun hari2 membebel. Sian abie ittew. Ahaks. 
Satu hari nie masa balik keje, dia terus ajak lepak Mid Valley. Kiteorg memang slalu makan2 dulu before balik. So masa tengah makan, sebelah kedai makan tuh ada kedai POLO. Minggu lepas dah masuk dah, tp tgk2 je. Dia cakap dia suka beli loafer kat situ. Saya nie bukan jenis shopping yang kaw2. Beli kat sungei wang tuh pun dah okay janji selesa. The truth eh! So pada saya semua okay je. Hehe.

Tengah sedap menjamah makanan, tetiba abie ckp 
Abie: "Nanti pilih pape eh? Jangan cakap tanak or suruh b pilih. Kalau cakap cmtuh gak, kite kuar terus dari kedai tuh" 
Me: "Haaa. kalau macam tuh, baik dari awal tayah masuk. Sebab b mesti dah tau jawapan bb"
Abie: "Dah tau dah bb akan cakap cmtuh. Tp kene pilih jugak"

HAHAHAHA! Padan muka. Dah nak masuk 6tahun together, tapi saya still segan nk mintak pape dari dia. Segaaaaaaaan! Tak tau laa kenapa. Maybe pada saya, kalau nak beli bende mahal2 baik beli dengan duit sendiri sebab dengan duit sendiri baru laa kita tau hargai. Tapi malang betul nasib saya hari tu sebab kena paksa. -_______-

Masuk je kedai tuh, saya pun tengok2 laa baju kat situ. Boleh2 nak cari yang murah. Kalau ada je RM100+, terus saya tengok tempat lain. Haha. Mana ada baju yang murah kat POLO tuh weh! Ergh! Stress kejap saya. Si abie terus duduk kat sofa. Tak sampai 5 mnt, saya datang kat dia and ckp "Abieee~ Nak pilih yang mana nie? Bb tatau laa. (Senyum lebar sambil garu kepala)" Dia pun bangun and terus capai handbag. Laju betul dia buat pilihan. tak pikir panjang. Dia suruh saya try2 sikit and tgk dalam tuh besar ke tak? *Khazanah saya berlambak!* Hehe. Dia tanya harga and suruh orang kedai tuh letak kat cashier. :O 

Aiyoo. Mahal kot handbag tuh. Segan gila! And saya cakap thank you dari dekat depan tuh sampai laa ke dalam kete. Blergh! Hargai sangat2.Gila tak hargai? Kalau baju POLO biase dah RM100+, handbag dia? Haaaa. Mahal weh! Adeh! Masa tengah jalan nak ke kereta dia tanya "Suka tak?" HAHA! Soalan ape nie abie? -_______- Suka laa gila! Lepas je saya cakap suka, dia terus "Amin!"  Awwww. Thank you so much! Thank you! Thank you! Thank you! Haaa.

Dalam kereta je saya dah busy kalihkan barang2 dari handbag lama ke handbag baruuuuuuuu~ Wuhooooooo~

This is the bag guys! Lawa kan? Heee. 

Thank you again bie. Happy sangat2 dapat handbag baru. *shuffle2*. Hargai sangatt! Dia cakap nie hadia birthday last year sebab dia tak dapat beli pape masa tuh. So kire hadiah belated laa. Heee.

Next month nak belikan hadiah dia pulak. 29 February nie birthday dia. Pape pun, thank you so much MAF! :*

Assalamualaikum.


Monday, January 21, 2013

Kahwen?

Erm. Okay. Tulis je tajuk nie, saya dah senyum sorang2. Hehe. "Bila nak kawen wawa?" Dah ada calon ke belum?" "Tak sabar nak makan nasi minyak wawa" Blaablabla. Normal question that people will ask to a single person like me. Boooo! *padahal terasa loser*. Masa umur saya 19 tahun, saya pernah buat target sendiri. Konon2nya i WANT to get married when i reach 23. Haha. Guess what? Saya dah 23 this year! Oh my! Mula2 macam tak kesah lagi tapi lama2 bila pikir kan umur tuh, adoi! Stress pulak. Lagi2 2 orang kawan baik saya dah kawen! Arghh! Siapa lah pemegang tulang rusuk saya nie? Hikhik. Kawen awal tak bermaksud "dah gatal", tapi anggap je dah jodoh. Macam kawan saya 2 orang nie. Sekarang alhamdulillah dorang happy and im happy for them! Let me share you some picture.

This is Ayim and Zira. Alhamdulillah dah 3 tahun dorang kawen. The best part is, dorang dah ada anak sendiri.

Look! Comel teruk kan? Si kecik nie nama dia Qiesha Maeysa. Sekarang dah setahun dah. 

And baru2 nie, kawan saya lagi sorang nie kawen jugak! Haaa. Masa dia kawen, saya excited sampai rasa nak nangis. Ofcourse laa saya happy untuk kawan2 kan? Okay kejap, ada gambar jugak. 

This is Ijal & Azie. Dorang baru kawen last year bulan 12. Dorang yang kawen, saya yang tak sabar nak dapat 'adik' dari dorang. Haha. Sebabkan saya je yang belum kawen, so saya kakak laa. Lalala~

Haaaa. Betul2 happy family dah dorang nie and i should be jealous. Come on! Dah kawen and ada anak! And atleast dorang dah tau jodoh dorang. Happy for them and i wish All the best untuk life dorang. Me? Haha! Forever alone weh! -.-

Nampak tak muka orang yang Forever Alone? Okaaaaaaay! Tak laa "alone" sangat, cuma belum confirm. Haa. Just wait and see. Kalau ada jodoh tak kemana. Aceceh! Tapi harap korang bersabar laa and sementara tunggu nasi minyak saya tuh, korang makan je laa nasi minyak orang lain dulu. Nak tunggu nasi minyak saya, tatau laa tahun bila. Haha.

By the way, saya percaya jodoh tuh datang dari Allah. Kita merancang tapi Allah yang tentukan. Tapi perlu ada usaha. Tanpa usaha, cita2 hanya sekadar cita2 dan angan2 hanya sekadar angan2. 

Assalamualaikum.

Friday, January 4, 2013

Duit atau cinta?

Duit:
Duit oh duit. Hari-hari memikirkan bagaimana cara ingin menjadi kaya dengan memiliki duit yang banyak. Pernah tak rasa macam nak mati sebab stress memikirkan pasal duit? Duit nie boleh buat orang gila. Kaya sangat pun boleh gila, tak ada duit 1sen pun boleh gila. Oh ya. let me tell you something. This is about my friend. I mean my best friend. Pernah sekali saya dah lama tak jumpa dia, suddenly teringat ke dia and terus plan nak jumpa. Alhamdulillah, dapat jugak jumpa sebab susah nak nampak kawan saya nie dekat rumah. Masa tengah lepak, tetiba kakak dia balik. Dengan bermurah hatinya, dia hulur RM1k dekat kakak dia. Ya Allah, terkejutnya saya tengok dalam purse dia ada lagi RM9k. Saya tak bersuara pun dan tak bertanya pun dari mana datangnya duit yang banyak tu. Tapi endingnya dia sendiri yang bukak cerita. Akibat kesusahan dia sebelum raya (dia ibu tunggal yang ada 2org anak, tp sorang dijaga oleh bekas suami), dia terpaksa mengikut kehendak kakaknya untuk melayan seorang lelaki yang berumur 53tahun. Cara tu je paling mudah untuk dia mendapatkan sejumlah wang yang banyak Dan dia sudah terlalu seronok dengan melayan dan dapat duit, sehingga sekarang dia masih teruskan 'kerja' itu.Tak tau nak salahkan kakak dia atau dia sendiri. Mungkin kalangan anda ada yang pernah terdengar cerita nie, and ada yang pernah alami. Tapi pada pandangan saya, biar lah jahat macam mana pun tapi jangan lah buat benda terkutuk tu. Terutama pada perempuan. Saya bukannya baik sangat untuk nasihat nie tapi pada yang sama, gaji saya RM1300 dan saya ulang alik ke pejabat dari Petaling Jaya ke Kuala Lumpur. Dulu saya selalu merengek tentang gaji yang tak pernah cukup. Tapi selepas apa yang saya nampak dan dengar, saya sangat bersyukur kerana duit yang saya miliki itu Alhamdulillah halal. Disebabkan saya bersabar, Alhamdulillah juga saya mendapat kerja yang lebih elok dengan pendapatan yang setaraf dengan kerja saya sekarang. Saya pernah susah dan saya percaya, tak semua orang pernah rasa dengan ketiadaan duit. Ada yang hidup sampai ke mati duitnya tak pernah putus. Ada yang sampai tak tahu nak buat apa dengan duit. Ada jugak yang hari-hari mendah tangan untuk mendapatkan duit bagi sesuap nasi. Duit itu juga salah satu ujian dari Allah. Renungkan lah. Bersabar selagi boleh. Cari rezeki yang halal selagi boleh.

Cinta:
Ermm cinta. Semua orang pernah hancur akibat cinta. Cinta itu apa? Kenapa begitu kuat cinta itu? Cinta tak boleh dilihat tapi boleh dirasa. Disebab itu lah ada yang sanggup membunuh akibat cinta. Kenapa sampai begitu? Bukankah kalau kita cinta dan sayang seseorang itu, kita ingin lihat dia bahagia dan ada pendapat yang kita kene memelihara orang yang kita cinta dan sayang itu? Bukankah cinta itu indah sebenarnya? Am i right? Or wrong? Two is better than one? Semua orang pernah kata yang mereka cinta dan sayang akan seseorang itu, tapi kenapa ada orang ketiga? Kenapa cinta yang suci sanggup dikongsi? Kenapa tak boleh kekal dengan yang satu? Saya pernah lalui kisah cinta yang menyeronokkan dan menyedihkan. Tapi saya selalu terfikir, adakah apa yang saya rasa itu cinta? Kisah cinta saya adalah yang paling rumit. Mungkin ada yang lagi rumit. Tapi apa yang saya lalui adalah luar jangkaan saya. Ini juga boleh dikatakan dugaan. Cinta banyak mengajar saya erti kehidupan. Tapi belajar setinggi gunung pun, kalau kita sayang pada seseorang, kita akan tunduk pada dia juga. Biarlah sekejam mana dia melayan kita. Cinta itu buta? Yes! Yang nie saya setuju. Kenapa? Erm ssh nak explain. Cinta nie ada banyak tafsiran. Sebagai perempuan, mungkin saya perlukan seorang lelaki yang boleh menjaga saya dan bukan menyakiti saya. Saya perlukan seorang lelaki yang mampu mengembirakan saya dan bukan menyedihkan saya. Saya perlukan lelaki yang mampu bertanggungjawab ke atas saya dan bukan mengabaikan saya. Saya perlukan lelaki yang mampu menjadi imam saya dan bukan menghalang saya dari berbuat baik. Saya perlukan lelaki yang setia dan sayang saya seorang, bukannya curang dan mainkan perasaan saya. Saya perlukan seorang lelaki yang mampu memberikan saya makan dan minum dan bukan saya yang melakukan benda itu. Mungkin ada yang sudah memiliki lelaki seperti ini. Alhamdulillah dan tahniah. Kalau ada kekurangan, itu perkara biasa sebab setiap manusia tak lah sempurna.

Apa-apa pun, kita percaya pada dugaan Allah. Dan jadikan solat itu tiang agama kita. Insyallah. Setiap manusia pasti ingin rasakan taubat. Ingin rasakan taubat seperti baru semalam dilahirkan. Islam ini mudah. Allah itu maha mengampun. Dugaan yang diberikan pada kita adalah untuk mengingatkan kita pada beliau. Perlahan-lahan mencapai apa yang kita inginkan.

Rengungkanlah.

Assalamualaikum.