Friday, January 4, 2013

Duit atau cinta?

Duit:
Duit oh duit. Hari-hari memikirkan bagaimana cara ingin menjadi kaya dengan memiliki duit yang banyak. Pernah tak rasa macam nak mati sebab stress memikirkan pasal duit? Duit nie boleh buat orang gila. Kaya sangat pun boleh gila, tak ada duit 1sen pun boleh gila. Oh ya. let me tell you something. This is about my friend. I mean my best friend. Pernah sekali saya dah lama tak jumpa dia, suddenly teringat ke dia and terus plan nak jumpa. Alhamdulillah, dapat jugak jumpa sebab susah nak nampak kawan saya nie dekat rumah. Masa tengah lepak, tetiba kakak dia balik. Dengan bermurah hatinya, dia hulur RM1k dekat kakak dia. Ya Allah, terkejutnya saya tengok dalam purse dia ada lagi RM9k. Saya tak bersuara pun dan tak bertanya pun dari mana datangnya duit yang banyak tu. Tapi endingnya dia sendiri yang bukak cerita. Akibat kesusahan dia sebelum raya (dia ibu tunggal yang ada 2org anak, tp sorang dijaga oleh bekas suami), dia terpaksa mengikut kehendak kakaknya untuk melayan seorang lelaki yang berumur 53tahun. Cara tu je paling mudah untuk dia mendapatkan sejumlah wang yang banyak Dan dia sudah terlalu seronok dengan melayan dan dapat duit, sehingga sekarang dia masih teruskan 'kerja' itu.Tak tau nak salahkan kakak dia atau dia sendiri. Mungkin kalangan anda ada yang pernah terdengar cerita nie, and ada yang pernah alami. Tapi pada pandangan saya, biar lah jahat macam mana pun tapi jangan lah buat benda terkutuk tu. Terutama pada perempuan. Saya bukannya baik sangat untuk nasihat nie tapi pada yang sama, gaji saya RM1300 dan saya ulang alik ke pejabat dari Petaling Jaya ke Kuala Lumpur. Dulu saya selalu merengek tentang gaji yang tak pernah cukup. Tapi selepas apa yang saya nampak dan dengar, saya sangat bersyukur kerana duit yang saya miliki itu Alhamdulillah halal. Disebabkan saya bersabar, Alhamdulillah juga saya mendapat kerja yang lebih elok dengan pendapatan yang setaraf dengan kerja saya sekarang. Saya pernah susah dan saya percaya, tak semua orang pernah rasa dengan ketiadaan duit. Ada yang hidup sampai ke mati duitnya tak pernah putus. Ada yang sampai tak tahu nak buat apa dengan duit. Ada jugak yang hari-hari mendah tangan untuk mendapatkan duit bagi sesuap nasi. Duit itu juga salah satu ujian dari Allah. Renungkan lah. Bersabar selagi boleh. Cari rezeki yang halal selagi boleh.

Cinta:
Ermm cinta. Semua orang pernah hancur akibat cinta. Cinta itu apa? Kenapa begitu kuat cinta itu? Cinta tak boleh dilihat tapi boleh dirasa. Disebab itu lah ada yang sanggup membunuh akibat cinta. Kenapa sampai begitu? Bukankah kalau kita cinta dan sayang seseorang itu, kita ingin lihat dia bahagia dan ada pendapat yang kita kene memelihara orang yang kita cinta dan sayang itu? Bukankah cinta itu indah sebenarnya? Am i right? Or wrong? Two is better than one? Semua orang pernah kata yang mereka cinta dan sayang akan seseorang itu, tapi kenapa ada orang ketiga? Kenapa cinta yang suci sanggup dikongsi? Kenapa tak boleh kekal dengan yang satu? Saya pernah lalui kisah cinta yang menyeronokkan dan menyedihkan. Tapi saya selalu terfikir, adakah apa yang saya rasa itu cinta? Kisah cinta saya adalah yang paling rumit. Mungkin ada yang lagi rumit. Tapi apa yang saya lalui adalah luar jangkaan saya. Ini juga boleh dikatakan dugaan. Cinta banyak mengajar saya erti kehidupan. Tapi belajar setinggi gunung pun, kalau kita sayang pada seseorang, kita akan tunduk pada dia juga. Biarlah sekejam mana dia melayan kita. Cinta itu buta? Yes! Yang nie saya setuju. Kenapa? Erm ssh nak explain. Cinta nie ada banyak tafsiran. Sebagai perempuan, mungkin saya perlukan seorang lelaki yang boleh menjaga saya dan bukan menyakiti saya. Saya perlukan seorang lelaki yang mampu mengembirakan saya dan bukan menyedihkan saya. Saya perlukan lelaki yang mampu bertanggungjawab ke atas saya dan bukan mengabaikan saya. Saya perlukan lelaki yang mampu menjadi imam saya dan bukan menghalang saya dari berbuat baik. Saya perlukan lelaki yang setia dan sayang saya seorang, bukannya curang dan mainkan perasaan saya. Saya perlukan seorang lelaki yang mampu memberikan saya makan dan minum dan bukan saya yang melakukan benda itu. Mungkin ada yang sudah memiliki lelaki seperti ini. Alhamdulillah dan tahniah. Kalau ada kekurangan, itu perkara biasa sebab setiap manusia tak lah sempurna.

Apa-apa pun, kita percaya pada dugaan Allah. Dan jadikan solat itu tiang agama kita. Insyallah. Setiap manusia pasti ingin rasakan taubat. Ingin rasakan taubat seperti baru semalam dilahirkan. Islam ini mudah. Allah itu maha mengampun. Dugaan yang diberikan pada kita adalah untuk mengingatkan kita pada beliau. Perlahan-lahan mencapai apa yang kita inginkan.

Rengungkanlah.

Assalamualaikum.

1 comment:

  1. ketidaksempurnaan seseorang adalah dugaan DariNya..jgn mudah berputus asa..sebagaimana siti khadijah berjuang n menjadi miskin ketika bersama Rasullah..drp khadijah jutawan die menjadi papakedana..ini semua duniawi..lalui lah dengan redha n tawakal utk hari2 akan dtg..jgn sesekali mengkhianati cinta dia kerana semua yg terjadi bukanlah kehendak si dia malah bg la dia peluang utk melakukan yg sebaik mungkin..insyaallah..amin

    ReplyDelete